Monday, July 6, 2009

Andai kata MALAYSIA diserang.........‏

Pernah kita terbayang jika Malaysia diserang ?...Ini sekadar utk kesedaran, fikir-fikirkan Andai Malaysia diserang seperti negara Islam yang lain... Apabila negara-negara islam yang lain dilanda peperangan atau diserang oleh askar kafir... kita sering mendengar pemimpin-2 kita menggunakan modal seperti ini.." Kita patut bersyukur Malaysia aman dan damai...." Tetapi pernahkah kita berfikir untuk sejenak, sejarahditulis setelah ia berlaku, tetapi sejarah tidak dapat diramal ketika ia sedang berlaku. Ketika rakyat Islam Bosnia disembelih oleh paramilitari Serb, pada malam sebelumnya mereka hidup seperti biasa dan tidak pernah terlintas bahawa keesokan harinya akan bermulanya hari celaka bagi mereka. Jadi, untuk sejenak cuber kiter berfikir dalam bentuk reverse engineering iaitu: Bagaimana jika kita yang diserang oleh kuasa kuffar seperti negara Islam lain, dan negaraIslam yang lain plak jadik cam kiter?MALAYSIA DISERANG ???untuk menanam kesedaran ke atas Melayu Yang Mudah Lupa. (Melayu Mudah Lupa kata Mahathir)AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas.... ada pejuang Hizbullah terlepas ke malaysia... lalu menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya (CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan. Menghantar kapal selam nuklearnya dgn muatan peluru berpandu membawa armada tenterauntuk menyerang malaysia... AMARIKOS menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang merupakan sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan, THAILAND di Utara dan PILLIPINNOS di Timur menyerang Malaysia dengan alasan memburupengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan dan Palestin. Walaupun Malaysia cakap Malaysia negara bebas pengganas tentera Kuffar tetap menyerang malaysia jugak sama seperti mereka menyerang Iraq kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada Pengganas Taliban, Lubnan ada Pengganas Hizbullah dan Malaysia ada Pengganas Jemaah Islamiah. Malaysia tetap mempertahankan Malaysia ini tidak ada pengganas tetapi suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan Afghanistan , Iraq , Lubnan dan Palestin. Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini Perdana Menteri kita... YB Wakil Rakyat... Parlimen dan ADUN... Tauke-tauke Cina yang kaya... semua cabut lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi masing-masing. Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara. Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di negara sendiri, menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar AMARIKOS dan sekutunya.. Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina yang dijadikan pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar Al-Khattab.... Khalifah Ali Abi Thalib... Khalifah Khalid Al-Walid...Khalifah Salahuddin Al-Ayubbi... yang sanggup berada dibarisan hadapan berdepan musuh-musuh Islam. SAAT Peperangan bermula...Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diikuti negeri-negeri lain. AMARIKOS dan Sekutunya mengebom... melancar peluru berpandu... membedil... menembak Rakyat Malaysia... mereka membunuh Orang tua...perempuan dan Anak-anak kecil orang melayu islam kita... sama seperti Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!!AMARIKOS dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran. Apabila selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur . Datang lagi pesawat musuh silih berganti...Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom Kelantan, Terengganu, Pahang... datang lagi pesawat musuh silihberganti... Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana SINGOFURO...diserang dengan jet-jet pejuang SINGOFURO yang sentiasa melalui ruang udaranya... menghujani bom-bom dan roket...kemudian Johor dan negerisembilan dapat ditawan tentera musuh. Anda di berada di Kedah... Pasukan Darat tentera Bersekutu mara dari bahagian Utara... tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda...menentang pintu rumah anda... anda bersama dengan Isteri yang sarat mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah...Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun anda depan mata anda... sebagaimana tentera Sebia memperkosa umat Islam Bosnia... muncung senapang ditujukan di kepala anda... Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Raya 2006... diajukan muncung senapang...DAMMMMMM... anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera bersekutu... Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin mati ditembak... anda tidak mempunyai perasaan apa-apa.... sekarang berlaku kepada dirisendiri... baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak di depan mata...Anda menangis ketakutan...Tentera bersekutu merampas Isteri anda yang sarat mengandung, dibawa menaiki trak.... untuk dijadikan habuan tentera dalam kem. Anda dipukulseparuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah riuk berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati... tetapi umur anda masih panjang... anda masih hidup... anda merangkak menuju ke hutan berhampiran disebuah bukit untuk menyembunyikan diri...Anda mengalirkan air mata... INGAT AKAN ALLAH...Ujian peperangan berlaku didepan mata anda sekarang. Anda sebelum ini tidak pernah terlintas dengan peperangan. Kita sering disogokkan negara kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah tiba-tiba hari ini diuji berlaku peperangan. Pemimpin tersebut yang menyatakan negara kita aman cabut menghilangkan diri... Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini... Anak perempuan diperkosa dan dibunuh didepan mata... Anak kecil ditembak didepan mata... Isteri dirampas untuk diperkosa... didepan mata!!!kawan-kawan... sahabat taulan... ramai yang terkorban...dan tidak kurang juga yang cedera parahh...Dipuncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar. Mayat orang melayu Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang tuadan kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri... mereka tidak bernasib baik seperti anda...Diatas bukit itu juga... anda melihat beribu-ribu Tentera bersekutu berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki orang melayu Islam yang masih selamat... mengerledah setiap ruang yang ada untuk memburu Al-Qaeda, Hizbullah atau Jemaah Islamiah... tetapi umat Islam lain yang jadi mangsa... Sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila anda tersua dengan Tentera bersekutu nanti....Apa yang anda Harapkan pada masa itu????Tiada perkara lain yang anda harapkan kecuali...BANTUAN ALLAH... BANTUAN TENTERA UNTUK MEMBELA AGAMA ALLAH...ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM DARI NEGARA LAIN MEMBERI BANTUAN KETENTERAAN KEPADA MALAYSIA... ANDA MENGHARAPKAN SAUDARA SEAGAMA DENGAN ANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA SERANGAN TENTERA KUFFAR!!! ANDAMENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI SABILILLAH DARIPADA INDONESIA, SELATAN THAILAND, BANGLADESH, PAKISTAN,DAN NEGARA OIC YANG LAINNNNNN... BAGI MELAWAN TENTERA PENCEROBOH BUMI MALAYSIA INI...Tetapi tunggu punya tunggu... bantuan ketenteraan tidak kunjung tiba...ANDA TERDENGAR UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM YANG LAIN menyatakan:"Kami Negara-Negara Islam Mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang Malaysia "(Presiden Burkina Faso, Pengerusi OIC yang baru)"Kami akan menghantar 10 000 Tentera pengaman ke MALAYSIA selepas tamat perang nanti... setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh tentera bersekutu"(Presiden NAM )"Alhamdulillah... Negara kita Indonesia aman damai berbanding dengan negara Malaysia yang dilanda peperangan... Kita semua patut bersyukur... kita dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavalidalam suasana yang aman harmoni", Presiden Indonesia- Negara Umat Islam paling ramai. (Pemimpin Malaysia selalu sebut camni)"Tak apa... selepas peperangan tamat... Kami akan menghantar para pendakwah ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia " Wakil PendudukIslam Selatan Thailand )"Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada Penduduk Islam Malaysia yang dilanda peperangan" Pemimpin Arab Saudi)...bagikomen dan pendapat...APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAMSEPERTI DIATAS DIKALA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN KETENTERAAN DARIPADAMEREKA??fikir-fikirkan. ......kredit kepada penulis artikel.

GERHANA POLITIK MELAYU

Usman Awang kata
Melayu itu orang bijaksana
Budi bahasa tidak terkira
Adab sopan hormat sesiapa
DAP, PKR punya angkara
Raja dan Sultan sanggup dihina
Rukun Melayu Terbang entah ke mana

Rukun Islam lima perkara
Melayu tak amal sepenuhnya
Solat itu tiang agamaRutin yang hanya
melepaskan batok di tangga

PAS PKR pemecahbelah
Lahir dek sakit hati kerana nak perintah
Tambah malang Bila UMNO dok berbalah
Nafsu marah depa dok tarahIblis syaitan ikut dok syarah
Akhirnya Melayu Islam semakin parah
Yang tak rasional sokong tak tentu arah

Pemimpin salah mereka kata betul
Pemimpin betul mereka kata salah
Pemimpin bahlol pun mereka sembah

Lupakah wahai Melayu budiman
Lembut engkau jangan dibiarkan
Tanah ini tanah bertuah
Sudah terantuk baru tengadah

Mana pergi jihad kita
Mana pergi keberanian Hang Tuah
Mana hilang perjuangan dan wadah
Ini masa mematah hujah

Islam dihormati dan makin gagah
Sudah 52 tahun UMNO memerintah
Namun pembangkang Tetap kata salah
Kerja orang-orang PAS dok caci dok fitnah
Nafsu puak-puak ni lagi serakah

Melayu berharta lupa zakat lupa segala
Pemimpin ego, rakyat tak diutama8 Mac, tsunami menimpa
Sekurang-kurang beringat sama
Allah tentukan nasib bangsaBeramal bertakwa nescaya terpelihara
Gerhana politik pengajaran berharga

Usman Awang kata
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut dan takut kerana benar
Kerajaan Perpaduan PAS dok syarah
Demi kebaikan kafir mereka mengalah
Maruah Islam sanggup disanggah

Usman Awang kata
Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Arab dan Pakistani semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Lalu terfikir aku
Mengapa ini berlaku
Hebat tang mana bangsamu ?
Bijasanakah keturunanmu ?
Sehingga ramai mengaku Melayu ?

Sejarah tidak mungkin berbohong
Tanah keramat ini Dinoda penjajah yang rakus memerah
Merampas hak dan juga maruah
Beratus tahun Melayu jadi sampah
Melayu tak akan hilang
Kata Hang Tuah
Mungkin betul, mungkin salah

Kata Tun
Melayu Mudah Lupa
Dibela diangkat ke mata dunia
Oleh pemimpin yang tak megenal lelah
Kegemilangan bangsa sudah terserlah
Walau beratus tahun dijajah
Yang bukan Melayu sanggup berhijrah
Mengangap diri cukup bertuah
………
Sedang bangsa sendiri memandang rendah
Pemimpin UMNO yang berjasa dianggap bersalah
Pemimpin UMNO diiktiraf dunia dianggap rasuah

Kata Usman Awang
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Sejarah Melaka 1511

Tak kan tak ingat lagi ?
Melayu berbalah kuasa dicari
Kerana hasad dan juga dengki
Pengkhianat Melaka
Adalah bangsa sendiri !!
Sampai kiamat ke dok lagu ni ?

Dari kekejaman Chin Peng
Serta nafsu binatang Bintang Tiga
Nenek moyang bangun membela

Dari runtuhan sejarah Melaka
Tun Mahathir bangunkan Putrajaya
Tamadun Melayu diakui dunia

Dari tamadun yang hilang
Tun bina mercutanda bangsa
Hingga kemakmuran jelas terasa

Dari sejarah penjajahan yang lama
Kita mampu menghulurkan segala
Bosnia dan Palestin hormat kat kita

Di saat bangsa Arab masih leka
UMNO membela umat Islam sedunia
Wahai pembangkang Melayu..
Hina sangatkah pemimpin kita ?

Kata Usman Awang
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Sedangkan kampong telah tergadai

Mana perwira ?
Mana laksamana ?
Mana slogan “Pemuda Perkasa”
Tak cukup garang mengaum suara
Jadilah Singa wira bangsa
Jika sekadar pasang poster.. upah kat Mat Bangla saja

Tanamkan jihad UMNO diperkasa
Kaji sejarah renungkan bangsa
Buka mulut lontarkan agenda
Bukannya kempen guna helikopter
Atau cari projek berjuta
Zaman dulu pakai basikal saja

Jihad UMNO menentang penjajah
Mungkin generasi baru buta sejarah
Pemimpin jahat tersingkir sudah
Yang bernafsu kotor selalunya kalah
Kalau tak percaya hang pa lihatlah sejarah

Bersatu Bersetia Berkhidmat
Moto dan Cogankata Azimat
Tak faham…tak ambil berat
Kemerdekaan negara telah tersemat
Jihad UMNO Parti Keramat
Perjuangan suci yang paling hebat

UMNO tak bersalah Ahlinya tak mahu berubah
UMNO tak bersalahPemimpinnya tak belajar bersyarah
UMNO tak bersalahAhlinya lesu mengharap laba
UMNO tak bersalahPemimpin dan ahliLemah jiwa cepat mengalah
UMNO tak bersalah Pemimpinnya elit, sikit benar yang ramah.
Nak balas surat atau sms pun susah

Bersediakah kitaMenahan airmata
Tatakala PRU 13….Putrajaya beralih kuasa
Tamadun dibina hanya sia-sia
UMNO & BN berputih tulang berputih mata

Langsung tak mustahil
Melayu hilang kuasa
Teori R.A.H.M.A.N.
Sampai ke noktah akhirnya
BN bungkus…UMNO entah ke mana

Jangan mimpi nak pertahan agama
Jangan tersentak jika laungan azan tak boleh guna pembesar suara
Tika itu kita jadi bangsa peminta
Mengharap ehsan simpati mereka
Hang tuah tersentak.. tersilap kata
Nampaknya melayu hilang di dunia
Tun Mahathir menangis hiba
Kegemilangan 22 tahun yang dibina
Ranap diragut kebodohan bangsa

Nukilan :Cr. LUKMAN B. MOIDIN
Kaunselor Berdaftar (Kaunselor Pelajar)
Setiausaha GPMS Negeri Kedah
Pengerusi Persatuan Belia Anak Merdeka
* Anugerah Tokoh Belia Negara 2008 -
Kategori Kepimpinan Peringkat Negeri Kedah

Free Gaza