Tuesday, November 24, 2009

Peliharalah GPMS

Halatuju GPMS pada Persidangan Agung Tahunan (PAT) GPMS kali ke-55 dinyatakan dengan jelas oleh perwakilan-perwakilan yang menghadiri PAT GPMS kali ini. GPMS juga menyuarakan tidak akan terlibat dengan mana-mana parti politik (non-partisan) dan tidak akan memihak kepada mana-mana parti politik... "kalau kerajaan salah kita sapu...." macam ni lah GPMS...

PAT kali ini menampakkan perwakilan-perwakilan yang lebih muda dan berkeyakinan. Semangat yang ditunjukkan dan kebolehan berhujah amat tinggi tahapnya berbanding masa-masa dahulu. Macam ni lah orang muda..




Tetapi sedikit terkilan apabila kempen-kempen perwakilan seperti dipengaruhi oleh parti-parti politik. Sebagai contoh, terdapat perwakilan yang bertanding berkempen seperti dalam mesyuarat UMNO atau PAS. Semangat pertandingan itu juga penting, tetapi berpada-padalah dalam pertandingan. Tak perlu sampai cantas-mencantas. Tak perlu fitnah-memfitnah. GPMS ini pertubuhan keramat orang-orang Melayu. Jika menang pun, bukan dapat imbuhan apa-apa. Ada sesetengah masa, terpaksa menanggung hutang mantan-mantan terdahulu.

Ramai juga yang kecewa. Tuduh menuduh dah mula membanjiri ruang-ruang facebook. Ramai yang tuduh dia belot, depa belot, saya belot. Biar la sapa pun belot, undi itu rahsia. Perwakilan itu berhak memilih sesiapa pun yang mereka rasa berkelayakan dengan jawatan-jawatan yang dipertandingkan. Jika calon itu yang terbaik, sudah tentu tidak ada yang akan belot kepadanya.


Jawatankuasa PAT kali ini sememangnya berkerja keras dan bersungguh-sungguh dalam kerja mereka. Saya puji jawatankuasa ini yang sanggup turun naik, berjaga siang malam demi menjayakan PAT kali ini. Berkobar-kobar semangat mereka yang mempertahankan PAT kali ini. Saya juga adalah salah seorang jawatankuasa PAT kali ini. Mereka tidak pernah mengeluh atau membantah arahan yang saya berikan. Kerja-kerja yang dilakukan begitu effisyen.

Saya harapkan seluruh jawatankuasa baru GPMS dapat memberikan sumbangan yang sewajarnya kepada pendidikan anak bangsa kita. HIDUP MELAYU... HIDUP GPMS

Free Gaza