Monday, July 6, 2009

GERHANA POLITIK MELAYU

Usman Awang kata
Melayu itu orang bijaksana
Budi bahasa tidak terkira
Adab sopan hormat sesiapa
DAP, PKR punya angkara
Raja dan Sultan sanggup dihina
Rukun Melayu Terbang entah ke mana

Rukun Islam lima perkara
Melayu tak amal sepenuhnya
Solat itu tiang agamaRutin yang hanya
melepaskan batok di tangga

PAS PKR pemecahbelah
Lahir dek sakit hati kerana nak perintah
Tambah malang Bila UMNO dok berbalah
Nafsu marah depa dok tarahIblis syaitan ikut dok syarah
Akhirnya Melayu Islam semakin parah
Yang tak rasional sokong tak tentu arah

Pemimpin salah mereka kata betul
Pemimpin betul mereka kata salah
Pemimpin bahlol pun mereka sembah

Lupakah wahai Melayu budiman
Lembut engkau jangan dibiarkan
Tanah ini tanah bertuah
Sudah terantuk baru tengadah

Mana pergi jihad kita
Mana pergi keberanian Hang Tuah
Mana hilang perjuangan dan wadah
Ini masa mematah hujah

Islam dihormati dan makin gagah
Sudah 52 tahun UMNO memerintah
Namun pembangkang Tetap kata salah
Kerja orang-orang PAS dok caci dok fitnah
Nafsu puak-puak ni lagi serakah

Melayu berharta lupa zakat lupa segala
Pemimpin ego, rakyat tak diutama8 Mac, tsunami menimpa
Sekurang-kurang beringat sama
Allah tentukan nasib bangsaBeramal bertakwa nescaya terpelihara
Gerhana politik pengajaran berharga

Usman Awang kata
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut dan takut kerana benar
Kerajaan Perpaduan PAS dok syarah
Demi kebaikan kafir mereka mengalah
Maruah Islam sanggup disanggah

Usman Awang kata
Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Arab dan Pakistani semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Lalu terfikir aku
Mengapa ini berlaku
Hebat tang mana bangsamu ?
Bijasanakah keturunanmu ?
Sehingga ramai mengaku Melayu ?

Sejarah tidak mungkin berbohong
Tanah keramat ini Dinoda penjajah yang rakus memerah
Merampas hak dan juga maruah
Beratus tahun Melayu jadi sampah
Melayu tak akan hilang
Kata Hang Tuah
Mungkin betul, mungkin salah

Kata Tun
Melayu Mudah Lupa
Dibela diangkat ke mata dunia
Oleh pemimpin yang tak megenal lelah
Kegemilangan bangsa sudah terserlah
Walau beratus tahun dijajah
Yang bukan Melayu sanggup berhijrah
Mengangap diri cukup bertuah
………
Sedang bangsa sendiri memandang rendah
Pemimpin UMNO yang berjasa dianggap bersalah
Pemimpin UMNO diiktiraf dunia dianggap rasuah

Kata Usman Awang
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Sejarah Melaka 1511

Tak kan tak ingat lagi ?
Melayu berbalah kuasa dicari
Kerana hasad dan juga dengki
Pengkhianat Melaka
Adalah bangsa sendiri !!
Sampai kiamat ke dok lagu ni ?

Dari kekejaman Chin Peng
Serta nafsu binatang Bintang Tiga
Nenek moyang bangun membela

Dari runtuhan sejarah Melaka
Tun Mahathir bangunkan Putrajaya
Tamadun Melayu diakui dunia

Dari tamadun yang hilang
Tun bina mercutanda bangsa
Hingga kemakmuran jelas terasa

Dari sejarah penjajahan yang lama
Kita mampu menghulurkan segala
Bosnia dan Palestin hormat kat kita

Di saat bangsa Arab masih leka
UMNO membela umat Islam sedunia
Wahai pembangkang Melayu..
Hina sangatkah pemimpin kita ?

Kata Usman Awang
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Sedangkan kampong telah tergadai

Mana perwira ?
Mana laksamana ?
Mana slogan “Pemuda Perkasa”
Tak cukup garang mengaum suara
Jadilah Singa wira bangsa
Jika sekadar pasang poster.. upah kat Mat Bangla saja

Tanamkan jihad UMNO diperkasa
Kaji sejarah renungkan bangsa
Buka mulut lontarkan agenda
Bukannya kempen guna helikopter
Atau cari projek berjuta
Zaman dulu pakai basikal saja

Jihad UMNO menentang penjajah
Mungkin generasi baru buta sejarah
Pemimpin jahat tersingkir sudah
Yang bernafsu kotor selalunya kalah
Kalau tak percaya hang pa lihatlah sejarah

Bersatu Bersetia Berkhidmat
Moto dan Cogankata Azimat
Tak faham…tak ambil berat
Kemerdekaan negara telah tersemat
Jihad UMNO Parti Keramat
Perjuangan suci yang paling hebat

UMNO tak bersalah Ahlinya tak mahu berubah
UMNO tak bersalahPemimpinnya tak belajar bersyarah
UMNO tak bersalahAhlinya lesu mengharap laba
UMNO tak bersalahPemimpin dan ahliLemah jiwa cepat mengalah
UMNO tak bersalah Pemimpinnya elit, sikit benar yang ramah.
Nak balas surat atau sms pun susah

Bersediakah kitaMenahan airmata
Tatakala PRU 13….Putrajaya beralih kuasa
Tamadun dibina hanya sia-sia
UMNO & BN berputih tulang berputih mata

Langsung tak mustahil
Melayu hilang kuasa
Teori R.A.H.M.A.N.
Sampai ke noktah akhirnya
BN bungkus…UMNO entah ke mana

Jangan mimpi nak pertahan agama
Jangan tersentak jika laungan azan tak boleh guna pembesar suara
Tika itu kita jadi bangsa peminta
Mengharap ehsan simpati mereka
Hang tuah tersentak.. tersilap kata
Nampaknya melayu hilang di dunia
Tun Mahathir menangis hiba
Kegemilangan 22 tahun yang dibina
Ranap diragut kebodohan bangsa

Nukilan :Cr. LUKMAN B. MOIDIN
Kaunselor Berdaftar (Kaunselor Pelajar)
Setiausaha GPMS Negeri Kedah
Pengerusi Persatuan Belia Anak Merdeka
* Anugerah Tokoh Belia Negara 2008 -
Kategori Kepimpinan Peringkat Negeri Kedah

No comments:

Free Gaza